Dunia Pendidikan kini telah berubah sesuai dengan perubahan zaman dan masa. Perubahan ini mengambil kira semua aspek termasuk fisikal kelas itu sendiri, aspek pembelajaran, aspek nilai dan aktiviti murid. kalau dahulu, kebanyakkan pengajaran dan pembelajaran lebih berpusatkan guru..kini murid itu sendiri yang banyak memainkan peranan dalam kelas.


Cuba kita lihat, suasana pembelajaran abad ke-21 di negara luar. Pembelajaran kini lebih tertumpu kepada murid itu sendiri dan guru sebagai pembimbing.


Susun atur di dalam kelas lebih kepada kelompok atau kumpulan kerana aktiviti lebih berpusatkan murid bukannya guru.


Susun atur sebegini memudahkan murid atau pelajar membuat perbincangan dalam kumpulan masing-masing.



Berikut disenaraikan 10 ciri sesebuah kelas Abad ke-21

1. Berpusatkan pelajar

2. Penggunaan komputer

3. Pembelajaran aktif

4. Pembelajaran kendiri

5. Persekitaran yang kondusif

6. Pelajar faham dan mematuhi arahan

7. Saling hormat menghormati

8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka

9. Penilaian berasaskan pencapaian

10. Pembelajaran kolaboratif